Skip to main content

SENDI DAN MATA ALTERNATIF DIAGNOS PENYAKIT

Chiropractic

Chiropractic2

BERTAM, 8 Nov 2013 - Mungkin masih ramai tidak mengetahui atau mendengar istilah “Chiropractic” atau dalam bahasa melayunya “Kiropraktik”. Bagi yang sudah mengetahui, mungkin mereka akan berasa gerun tentang teknik rawatan yang dilakukan. Namun, mereka yang telah mencuba pasti akan merasai satu pengalaman yang baru dalam penyelesaian sakit belakang dan sendi.

Kiropraktik sudah lama diamalkan di negara Barat. Ia terbukti sangat efektif dari segi kos berbanding menjalani pembedahan dan sama sekali tidak menggunakan ubat-ubatan.

Dr. John Moore merupakan pengasas “Chiropractic Works” di Cairns pada tahun 1997 selepas mendapat pengalaman di pusat-pusat kiropraktik di Australia Selatan. Menurut beliau, bukan semua orang boleh melakukan teknik ini kerana ia memerlukan kepakaran tertentu.

Konsep rawatan ini ialah tulang belakang yang terhalang pergerakannya dan menyebabkan kesakitan serta menghalang fungsi-fungsi organ lain akibat saraf yang tersepit. Tulang belakang akan dirawat hanya dengan menekan sendi-sendi menggunakan tangan melebihi julat gerakkan normalnya. Kiropraktor juga mungkin akan mengurut dan membuat regangan untuk merehatkan otot-otot.

Beliau berkata ketika menyampaikan ceramahnya tentang rawatan kiropratik, dalam program anjuran Kluster Perubatan Integratif, di sini pagi tadi.

Chiropractic3

Turut sama menyampaikan ceramah pada program berkenaan juga ialah Dr.Ronald Simpson yang merupakan pengkaji pemakanan dan kanser selama lebih 40 tahun. Beliau merupakan pakar dalam teknologi iridologi ultra-tinggi untuk membantu menentukan keperluan khusus bagi setiap pesakit dari segi keperluan pemakanan, pemakanan tambahan individu, protokol detoksifikasi dalam tisu tertentu dan keperluan penting yang lain.

Iridologi adalah merupakan kaedah mendiagnosis penyakit melalui pemeriksaan iris mata. Menurut Dr Ronald, iris mata terdiri daripada saraf-saraf yang saling berhubung dengan tisu badan melalui sistem saraf dan otak manusia. Maklumat akan dihantar ke sistem saraf dan hujungnya direflekskan pada iris mata sekiranya anggota atau tisu-tisu badan mengalami masalah.”

Kedua-dua kaedah ini adalah merupakan rawatan alternatif untuk terapi kanser. Mungkin suatu hari nanti kaedah ini akan digunapakai dengan meluas bagi pesakit-pesakit kanser tanpa perlu perbelanjaan yang tinggi.

 

Teks / Foto : Faisal Jamaludin

  • Last updated on .
  • Hits: 3705