Skip to main content

WARGA IPPT ANTARA PENERIMA ANUGERAH MAAL HIJRAH

Maal Hijrah 2013

PULAU PINANG, 7 Nov 2013 - Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435H peringkat Universiti Sains Malaysia telah diadakan di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa USM.

Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan berkenan merasmikan sambutan itu sebelum menyampaikan anugerah kepada penerima dan Tokoh Maal Hijrah tahun ini.

Sambutan itu yang bertemakan "Wasatiyyah Menzahir Kecemerlangan Universiti" turut dihadiri Naib Canselor USM, Prof. Dato Omar Osman.

Pada majlis tersebut, Y.Bhg. Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff telah dianugerahi Tokoh Maal Hijrah peringkat Universiti Sains Malaysia bagi tahun 1435H. Beliau adalah merupakan Yang Di Pertua Persatuan Qaryah-Qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).

Turut menerima anugerah Maal Hijrah pada majlis berkenaan ialah 22 penerima lain yang terdiri daripada warga universiti sendiri termasuk 3 orang dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Encik Mohd Shariff Kassim, Puan Siti Aishah Hamid dan Encik Fitri Amidi Ahmad masing-masing menerima Anugerah Khas Pusat Islam.

Penganugerahan ini adalah khas dari Pusat Islam USM di atas kecemerlangan dan keterlibatan mereka dengan program-program yang melibatkan penganjuran, jawatankuasa, komitmen, perkongsian dan penambahan melibatkan buah fikiran dan tenaga dalam majlis atau program yang dianjurkan oleh Pusat Islam USM.

Dalam majlis yang sama juga, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan turut melancarkan Mushaf Al-Quran Resam Uthmani terbitan Pusat Islam USM.

 

Teks: Faisal Jamaludin  / Foto : Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 2746