Skip to main content

KSGH KAJI TARAF KESIHATAN PENDUDUK

Prokoma Final

BERTAM PUTRA, 27 Oktober 2013 - Tahap kesihatan di kalangan penduduk di kawasan bandar semakin menurun berikutan perubahan gaya hidup dan corak pemakanan. Bilangan yang menghidapi penyakit bukan berjangkit semakin tinggi.

Menerusi kajian yang dijalankan oleh Kluster Sains Gaya Hidup, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM, taraf kesihatan penduduk sekitar Bertam Putra amat membimbangkan. Kajian yang bermula pada tahun 2011 ini dilakukan terhadap penduduk di sekitar Bertam Putra, Kepala Batas.

Prof. Rabindarjeet Singh berkata, dalam tempoh dua tahun yang lalu, bilangan pesakit yang mempunyai masalah kolesterol, obesiti dan diabetes meningkat dengan begitu ketara.

“Gaya hidup dan corak pemakanan warga kota juga berubah kesan kesibukan bekerja serta tekanan hidup. Pelbagai punca membawa kepada peningkatan kadar jangkitan penyakit kronik ini. Amalan cara hidup sihat dapat meningkatkan keadaan kesihatan rakyat, mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kanser mahu pun tekanan darah tinggi. Ini membolehkan rakyat memiliki stamina dan keupayaan yang lebih baik untuk menikmati kehidupan.” tambahnya lagi.

Prof Rabindarjeet Singh selaku Ketua Projek membentangkan hasil keputusan kajian yang dijalankan terhadap penduduk di Bertam Putra pada program anjuran Kluster Sains Gaya Hidup bersama Persatuan Penduduk Taman Bertam Putra semalam.

Perlaksanaan Projek Komuniti Angkat (PROKOMA) Bandar Putra Bertam Fasa 1 ini telah dijalankan sejak tahun 2011 lagi. Projek ini dimulakan dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan dan pengambilan darah setiap penduduk bagi tujuan diagnostik setiap tahun bagi melihat pola traf kesihatan penduduk Bertam Putra. Projek ini yang berterusan selama 2 tahun ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah kesihatan, pemakanan, penyakit berjangkit, dan amalan gaya hidup yang sihat kepada penduduk.

  

Teks: Faisal Jamaludin / Foto: Norizan Ishak

 

 

  • Last updated on .
  • Hits: 3875