Skip to main content

ENAM GRADUAN PhD : IPPT CATAT SEJARAH

PULAU PINANG, 19 Sept 2013 – Seramai 6 orang pelajar Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan menerima skrol masing-masing sempena Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-48 yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra, di sini. Selain itu, 9 orang lagi menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Perubatan iaitu empat orang peringkat Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear) dan lima orang Sarjana Perubatan (Perubatan Transfusi).

Sepanjang 11 tahun penubuhan IPPT sejak tahun 2002, tahun ini adalah merupakan kejayaan bermakna dan bersejarah bagi IPPT apabila berjaya melahirkan pelajar PhD paling ramai sejak penubuhannya. Daripada enam graduan Doktor Falsafah berkenaan, tiga orang adalah warga tempatan dan yang lain adalah pelajar antarbangsa. Untuk rekod, IPPT telah berjaya melahirkan graduan pertamanya pada tahun 2005.

Seorang graduan IPPT, Hoe Chee Hock, 32, menyifatkan kejayaannya hari ini adalah hasil dorongan daripada penyelianya, Prof. Madya Tang Thean Hock yang banyak memberi bimbingan dan peluang kepada beliau. Walaubagaimanapun, ibu bapa, ahli keluarga, serta rakan-rakan menjadi sumber inspirasi untuk beliau terus maju ke hadapan dan mengecapi kejayaan hari ini. Hoe Chee Hock adalah merupakan penerima Ijazah Doktor Falsafah menerusi penyelidikannya dalam bidang Biologi Molekul dan pengkhususan dalam bidang RNomik. Jejaka yang berasal dari Pulau Pinang ini kini dilantik sebagai Felo Pasca Doktoral di IPPT.

Pada Upacara Konvokesyen kali ini, seramai 5427 graduan termasuk 1194 graduan ijazah tingggi dan 74 diploma diraikan pada tujuh sidang bermula hari ini hingga 22 September. Ini termasuk penerima Ijazah Kehormat Doktor Sains yang dianugerahkan kepada tokoh industri Tan Sri Dato’ Seri Fumihiko Konishi dan anugerah Profesor Emeritus kepada Profesor Dato’ Dr. Mohd. Roslani Abdul Majid, Mantan Pengarah Kampus Kesihatan dan Dekan Pusat Pengajian Perubatan pertama USM yang berjaya membangunkan pengajian perubatan dan kesihatan USM.

DOKTOR FALSAFAH

  1. Abdullah Abdul Jabbar Ahmed Al-Alimi
  2. Ahmed Ismail Hassan Moad
  3. Hoe Chee Hock
  4. Mazura binti Bahari
  5. Nor Hazwani binti Ahmad
  6. Salem Ali Alsalem Bashanfer

SARJANA PERUBATAN (PERUBATAN NUKLEAR)

  1. Dr. Hazlin Hashim
  2. Dr. Lingeswaran a/l Kasilingam
  3. Dr. Mohamad Shahrir Abd. Rahim
  4. Dr. Zool Hilmi Awang

SARJANA PERUBATAN (PERUBATAN TRANSFUSI)

  1. Dr. Idaleswati Nor Mohamed
  2. Dr. Khairulnisa A. Manap
  3. Dr. Nor Hafizah Ahmad
  4. Dr. Sakinah Ahmad
  5. Dr. Siti Suzaina Mohd Zain

  

Teks: Faisal Jamaludin  / Foto: Amir Zaidi Abu Hassan

  • Last updated on .
  • Hits: 4312