Skip to main content

LAWATAN KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BERTAM, 13 Sept 2013 – Bahagian Pembangunan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan lawatan kerja ke IPPT bagi melihat dengan lebih dekat perkembangan terkini pembangunan fizikal IPPT. Delegasi lawatan ini telah diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Mahamed bin Hussain, Setiausaha Bahagian Pembangunan KPM.

Pelawat telah dibawa melawat ke bangunan Kompleks Klinikal dan Pusat Penyelidikan Haiwan IPPT. Semasa sesi lawatan penerangan telah diberikan kepada delegasi tentang situasi semasa IPPT di samping cabaran dan kekangan yang dihadapi berikutan daripada ketiadaan peralatan-peralatan dan kelengkapan yang amat diperlukan untuk perawatan pesakit dan aktiviti penyelidikan.

Dalam sesi taklimatnya Y.Bhg. Dato’ Mahamed bin Hussain telah berkata “bagi pihak kementerian beliau akan sedaya upaya membantu IPPT mendapatkan peruntukan terutamanya bagi keperluan semasa yang mendesak sekarang iaitulah peralatan dan kelengkapan tertentu yang sememangnya amat diperlukan untuk merawat pesakit dan aktiviti penyelidikan.”

Turut serta dalam lawatan tersebut, Pengarah IPPT, Prof Abd Aziz Tajuddin, Timbalan-timbalan Pengarah dan para pegawai.

 

Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid  / Foto: Amir Zaidi Abu Hassan

  • Last updated on .
  • Hits: 2627