Skip to main content

PANGGILAN HAJI TIBA LAGI

BERTAM, 11 September 2013“Panggilan Haji telah tiba lagi menunaikan ibadah panggilan Baitullah, Tanah Suci Mekah Hiya Makatul Mukarramah. Malam subuh dan senja pergi ke Kaa’bah tulah, Sembahyang berjemaah Tawaf Sa’i dan Umrah, Terdengar suara Talbiah bergema.” Labakallah Huma kala kala baik, Labaikala Syarikala kala kala baik, Innalhamda Wanniqmata Lakawalmul La Syarikalah, Tiba masanya kini Wukuflah di Arafah, Terdengar sayup sampai tahmid tazkir dan tasbih, Putih bersih berseri abdi pada Ilahi, Terbayanglah di sini tempat berhimpun nanti, Daripada Padang Arafah lalu ke Muzdalifah bermalam di Mina Melontar 3 Jamrah, Syarat Rukun Haji Sempurnalah sudah mogalah ibadah Haji Mabrurah, Masjidil Nabi terletak makam Rasul, Taman Raudah tempat himpun doa, Padamu pinta wahai junjungan, Selawat dan salam mohon Syafaat.

Lagu nasyid Panggilan Ka’bah ini sering berkumandang di radio dan kaca TV apabila tibanya musim Haji. Terasa begitu bermotivasi apabila mendengar lagu ini dan sekaligus dapat menaikkan semangat para jemaah Haji yang telah terpilih untuk menunaikan fardhu Haji pada tahun ini.  

Pada musim Haji kali ini tiga orang staf IPPT terdiri daripada pasangan suami isteri telah dipilih oleh Allah menjadi tetamuNya di Tanah Suci. Encik Ismail Haji Ahmad dan isteri Puan Salmiah Saad, Puan Noor Khamarol Nahar Ismail dan suami. Selain itu, turut berangkat ke Tanah Suci ialah Mantan Timbalan Pengarah Pengurusan IPPT Encik Mohd Saad Haji Din dan isteri. Mereka telah diraikan dalam satu Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat di sini pagi tadi.

Turut hadir dalam majlis ini Profesor Dr. Narazah Mohd Yusoff , Timbalan Pengarah (Penyelidikan, Penerbitan & Inovasi) IPPT, para pensyarah dan staf. Dalam ucapannya Prof. Narazah telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua bakal Haji kerana telah dipilih oleh Allah menjadi tetamu istimewa di Tanah Suci Mekah. Beliau berpesan supaya sentiasa banyak bersabar ketika menunaikan fardu Haji, menjaga tutur kata dan juga menjaga kesihatan dan pemakanan ketika berada di sana. Hal ini kerana kadang kalanya perubahan tempat dan cuaca akan mempengaruhi tahap kesihatan kita. Jadi penjagaan kesihatan dan pemakanan amat penting untuk membolehkan kita menunaikan ibadah Haji dengan sempurna.

Pada majlis yang sama beberapa orang staf IPPT yang telah pergi menunaikan ibadah Haji turut menyampaikan pesanan dan peringatan serta berkongsi pengalaman mereka ketika mengerjakan Haji. Antara pesanannya ialah ikhlaskan diri dan perbetulkan niat semata-mata mengerjakan Haji kerana Allah, sentiasa bertawakal dan berserah diri kepada Allah, memperbanyakkan amal ibadat , rajin membaca Al-Quran, Al-Mathurat, berzikir, berselawat, sentiasa solat berjemaah dan solat-solat sunat. Bakal-bakal Haji yang ditemui merasa amat terharu dengan penganjuran majlis seumpama ini dan mereka semua memohon ampun dan maaf kepada seluruh warga IPPT sekiranya ada tersalah bicara keterlaluan cara dan juga minta dihalalkan makan dan minum. Oleh itu, marilah sama-sama kita doakan semoga mereka selamat pergi dan kembali serta mendapat Haji yang Mabrur. Amin.


Berita : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid
Foto   : Amir Zaidi Abu Hassan

  • Last updated on .
  • Hits: 3645