Skip to main content

`MANUSCRIPT WRITING WORKSHOP 2016` MAMPU MEMBERI IMPAK TERBAIK TERHADAP HASIL PENERBITAN

MANUSCRIPT WRITING 05

BERTAM, 17 Ogos 2016 - Bengkel “Manuscript Writing Workshop 2016” anjuran Bahagian Penyelidikan dan Jaringan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM telah menarik minat seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, penyelidik dan pelajar.

Menurut Dr Norehan Mokhtar, Pengarah IPPT, penganjuran bengkel ini diharapkan akan memberi manfaat kepada semua peserta dan dapat meningkatkan jumlah penerbitan di kalangan pensyarah dan penyelidik di USM.

“Bengkel seperti ini seharusnya dilakukan setiap tahun bagi memberi pendedahan kepada pensyarah-pensyarah baru dalam penghasilan penerbitan terbaik mengikut kriteria yang telah ditetapkan,” katanya.

“Kita mengharapkan agar lebih banyak penerbitan dapat dihasilkan selepas ini, disamping ianya mampu menyumbang kepada peningkatan markah KPI IPPT,” ujarnya ketika merasmikan bengkel berkenaan di Bilik Seminar ARC, IPPT untuk siri yang kedua.

Bengkel ini diadakan dalam dua siri dimana siri pertama telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Narazah Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi pada 3 Ogos lalu.

MANUSCRIPT WRITING 06

Menerusi bengkel ini, ia memberi tumpuan kepada kertas penyelidikan saintifik, dengan penekanan tentang aspek penulisan yang berkesan untuk penerbitan.

Di samping itu, para peserta akan belajar mengenai bagaimana untuk memilih jurnal sains yang tepat dan sesuai bagi artikel penerbitan mereka, proof-reading dan Cochrane systemic review.

Penglibatan penceramah dari dalam dan luar USM memberi lebih impak terhadap objektif penganjuran bengkel ini. Antara penceramah yang dijemput berkongsi ilmu dan pengalaman mereka ialah Prof. Dr. Ng Kwan Hong dari Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Jacqueline Ho dari Penang Medical College (PMC), Prof. Dr. Alexander Chong Shu-Chien, Prof. Madya Dr. Irfan Mohamad, Pn. Alimie Liman dan Prof. Dr. Liong Min Tze yang masing-masing dari USM.

Teks Asal: Nizuwan Azman / Suntingan: Faisal Jamaludin / Foto:

  • Last updated on .
  • Hits: 987