MODEL GORTER ALTERNATIF PERAWATAN KANSER.
BERTAM, 21 Ogos 2013 - Bidang Onkologi adalah merupakan bidang penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan penyakit kanser. Pelbagai jenis rawatan yang telah diperkenalkan dalam kaedah perawatan penyakit kanser ini. Kemajuan teknologi perubatan hari ini menyediakan pelbagai rawatan terkini yang mampu mengurangkan gejala serta membantu dalam pengesanan awal penyakit malah adalah tidak mustahil penyakit yang sering dianggap sukar untuk sembuh ini ada penawarnya dan mempunyai peluang untuk sembuh adalah cerah.
Model Gorter adalah satu pendekatan yang baru dan kreatif dalam rawatan pesakit kanser dan penyakit kronik yang lain seperti jangkitan Hepatitis B dan C dan HIV. Model ini telah diperkenalkan oleh Dr Robert WD Gorter dari Pusat Perubatan Cologne, Jerman.
Selama dua belas tahun yang lalu, lebih daripada 4000 pesakit telah dirawat di Pusat Perubatan berkenaan. Model Gorter ini merupakan terapi kanser bukan toksik yang menggunakan sel-sel dendrit dan terapi ‘hyperthermia’ yang merupakan terapi khusus bagi meningkatkan suhu badan pesakit di kawasan-kawasan khusus pembentukan sel-sel tumor/barah bagi membunuh sel-sel kanser tersebut.
Ia direka untuk memulihkan dan meningkatkan fungsi imun badan pesakit, membolehkan sistem imun untuk bertindak lebih agresif dan berkesan bagi memerangi sel-sel kanser di dalam tubuh pesakit. Melalui kaedah rawatan yang diperkenalkan ini, ianya dikatakan berjaya untuk menyembuhkan penyakit barah payu dara, prostat, paru-paru, hati, tulang dan tumor otak.
Berdasarkan pengalaman beliau, Dr Gorter menyatakan bahawa 96% daripada semua pesakit yang berada di peringkat akhir kanser (stage IV) dan mendapatkan rawatan kaedah menggunakan model beliau sebagai kaedah rawatan alternatif yang terakhir, namun, ada di antara mereka dapat sembuh dan berada dalam keadaan kesihatan yang stabil untuk beberapa tahun dan ada juga yang sembuh sepenuhnya.
Melalui pembentangan beliau, Dr Gorter menyatakan bahawa "Model Gorter menggalakkan pengaktifan sistem imun tubuh pesakit, malah ianya merupakan terapi kanser bukan toksik"
Dr Gorter menyampaikan ceramahnya di hadapan kira-kira 30 orang pensyarah IPPT dan penyelidik di Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC) hari ini (semalam). Turut hadir dalam sesi ceramah berkenaan ialah Prof Dr Narazah Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah Penyelidikan & Inovasi dan Dr Shahrul Bariyah Sahul Hamid, Timbalan Pengarah Akademik.
Dr Gorter memperoleh ijazah perubatan di Universiti Sekolah Perubatan Amsterdam di Belanda pada tahun 1973.
Beliau menamatkan latihan kedua “postdoctoral” beliau di University of California - San Francisco (UCSF) Medical School pada tahun 1986. Dr Gorter menerima doktor falsafah dari Universiti Witten / Herdecke di Jerman pada tahun 1993.
Dr Robert Gorter telah menulis pelbagai artikel dan abstrak serta menyumbang kepada penghasilan banyak buku, dan telah dipaparkan di ABC, CNN dan pelbagai program televisyen di Kesatuan Eropah dan Timur Tengah.
Maklumat lanjut boleh layari: http://www.medical-center-cologne.com/
Teks : Mohd Faisal Jamaludin / Foto : Norizan Ishak
- Last updated on .
- Hits: 2974