Skip to main content

UNIT TAKSIRAN DAN TERIMAAN HASIL IPPT MENCONTOHI PPUKM

BERTAM, 15 Julai 2013 Unit Taksiran dan Terimaan Hasil, Bahagian Kewangan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada 27 Jun yang lalu. Lawatan yang bertujuan untuk melihat bagaimana PPUKM membangunkan sistem pendaftaran pesakit dan kutipan caj klinik secara efektif dan komprehensif.

PPUKM telah dipilih berikutan pengalamannya selama 16 tahun mengendalikan sistem pentadbiran tersebut seterusnya menjadi penanda aras kepada Unit Taksiran dan Terimaan Hasil IPPT untuk dijadikan panduan kepada pembangunan sistem pendaftaran dan kutipan hasil di IPPT kelak.

Seramai lapan orang pegawai dari IPPT yang merupakan wakil-wakil dari Unit Taksiran dan Hasil, Seksyen Teknologi Maklumat, Unit Rekod Perubatan dan juga Pentadbiran Klinikal telah disambut oleh Encik Othman Ahmad, Timbalan Pendaftar PPUKM di Blok Klinikal, PPUKM.

Selain membincangkan tentang sistem pembangunan pendaftaran pesakit dan kutipan caj mengikut kepakaran jabatan masing-masing seperti dengan Jabatan Khidmat Pelanggan, Jabatan Kewangan, Jabatan Maklumat Kesihatan dan Jabatan Teknologi Maklumat PPUKM, lawatan kerja ini turut dijadikan serampang dua mata untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat lagi pada masa akan datang.

Rombongan delegasi dari IPPT turut dibawa melawat sekitar kaunter pendaftaran dan bayaran di lobi utama PPUKM untuk melihat suasana kerja dan juga bagaimana kerangka kerja sistem di ruang tersebut beroperasi.

Turut hadir semasa sesi perbincangan adalah Ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil dari setiap jabatan di PPUKM iaitu Jabatan Kewangan, jabatan Maklumat Kesihatan dan Jabatan Teknologi maklumat.

Berita / Foto : Ummar Muqhthear Sabri

  • Last updated on .
  • Hits: 3547