Skip to main content

Pengenalan Pergigian

Perkhidmatan Pergigian telah bermula semenjak 2005 dan perkhidmatan ini di buka kepada warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan masyarakat sekitarnya. Seksyen Pergigian terdiri daripada 4 unit utama iaitu Unit Pergigian Pakar, Unit Rawatan Am, Unit Makmal Teknologi Pergigian dan Unit Promosi Kesihatan dan Pembelajaran Berterusan. Semua kes adalah berdasarkan temujanji sahaja dan juga rujukan samada rujukan dalaman dan juga rujukan luaran.

Visi  
‘Ke arah penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian yang holistik dan lestari’

Misi
Memastikan kesihatan pergigian yang baik sepanjang hayat termasuklah memberikan perkhidmatan pergigian, menyokong aktiviti penyelidikan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan komuniti di zon utara Semenanjung Malaysia.

  • Last updated on .
  • Hits: 4572