Skip to main content

Onkologi dan Radioterapi

Onkologi
Onkologi ialah suatu cabang dalam ilmu perubatan yang khusus menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan mengenai penyakit barah/kanser.  Barah dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi. Golongan perubatan professional yang terlibat dalam unit Onkologi  ialah pakar onkologi perubatan, onkologi pembedahan, radiasi onkologi , pakar patologi , radiologi  dan juga jururawat.

Ia merupakan perubatan yang terbaik bagi pesakit kanser dalam meningkatkan kualiti hidup daripada aspek fizikal, sosial , psikologi , status emosi dan kewangan pesakit.
Terdapat 4 komponen dalam perawatan onkologi:
 
1) Pencegahan – Elak faktor risiko

2) Diagnosis Awal – Melakukan penyiasatan dan prosedur yang diperlukan dalam mengenalpasti tahap, jenis dan rawatan bersesuaian

3) Rawatan – Kemoterapi , terapi hormon, radioterapi , pembedahan

4) Rawatan Paliatif – penjagaan holistik yang merangkumi rawatan melegakan masalah fizikal, sosial dan psikologi pesakit bagi pesakit yang berada di tahap akhir barah/kanser.

Perkhidmatan Onkologi


Perkhidmatan yang ditawarkan
1. Klinik Onkologi untuk kes kes baru dan ulangan
2. Rawatan ubatan oral dan ubatan untuk rawatan radioterapi beserta ubat (CCRT)
3. Rawatan Radioterapi
   - EBRT
   - IMRT
   - Brakiterapi

Jadual Klinik


Klinik Onkologi

jadual onkologi


   
Radioterapi
Radioterapi merupakan salah satu kaedah rawatan kanser yang utama untuk pesakit barah dalam semua tahap penyakit tersebut (rawatan secara radikal, “prophylactic adjuvant” ataupun paliatif) dan dianggarkan bahawa 52% daripada pesakit kanser akan memerlukan rawatan radioterapi untuk rawatan kanser yang dihidapi. Berdasarkan kepada anggaran pesakit baru kanser di bahagian utara tanah air sebanyak 18,793, maka lebih kurang 9,773 pesakit kanser di utara semenanjung Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) akan memerlukan rawatan radioterapi dalam setahun.

  • Last updated on .
  • Hits: 17767