Skip to main content

Unit Kajian Klinikal

Unit Kajian Klinikal (UKK) telah diwujudkan atas keperluan perkembangan dan sebagai pemangkin kepada aktiviti-aktiviti penyelidikan klinikal yang akan dijalankan di IPPT. Ia berperanan untuk merekabentuk, menyelaras dan menganalisis ujian klinikal dan kajian lain yang berkaitan dengan bidang perubatan termasuk bioperubatan (biomedical research/ experimental medicine) atau lebih dikenali sebagai penyelidikan perubatan (medical research). Ianya telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 2013 dan telah disenaraikan sebagai salah satu pusat klinikal kajian bioekuivalen oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 19 Ogos 2013. Dengan penyenaraian ini memudahkan kerjasama dari pihak luar selain para penyelidik IPPT untuk menjalankan aktiviti penyelidikan klinikal, selain ujian klinikal juga berfungsi sebagai pusat pengumpulan data klinikal, registri dan juga  pusat pembelajaran secara berterusan.

 

 

Hubungi kami:

Dr Siti Mardhiana Binti Mohamad

Clinical Trial Coordinator

04-5622375

email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

  • Last updated on .
  • Hits: 3622