Skip to main content

Pengenalan KOC Perubatan Bergerak

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah institusi yang menjalankan 3 aktiviti utama iaitu perkhidmatan klinikal, penyelidikan kolaboratif dan program akademik peringkat sarjana. Di bawah perkhidmatan klinikal, kami menyediakan perkhidmatan Koc Perubatan bergerak yang merangkumi 4 kemudahan utama iaitu;

•    Ujian mamografi
•    Ujian ‘pap smear’
•    Pemeriksaan sendiri payudara
•    Ujian darah dan air kencing

Objektif

•    Meningkatkan akses dan kemampuan wanita terutamanya di kawasan pedalaman untuk menjalankan pemeriksaan saringan dengan tujuan utama pengesanan awal kanser payudara dan kanser servik.

Pasukan Koc Perubatan bergerak ini akan menemui masyarakat setempat serta subjek penyelidikan untuk memberikan pendidikan kesihatan tentang kanser dan menjalankan aktiviti penyelidikan. Di samping itu, ujian saringan, pemeriksaan sendiri payudara dan ujian darah/air kencing juga ditawarkan dalam perkhidmatan ini.

Staf yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan Koc Perubatan bergerak ini termasuk Pegawai Perubatan, Jururawat, Juru x-ray, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pasukan Teknikal IPPT.

kok1
kok2 kok4 kok5

 

 

  • Last updated on .
  • Hits: 2928