Skip to main content

Program Khidmat Masyarakat dan Kesihatan (PROMASK)

Program Khidmat Masyarakat dan Kesihatan IPPT  merupakan aktiviti yang samada dirancang ataupun mendapat jemputan dari agensi-agensi luar seperti institusi kerajaan/ swasta, komuniti, ataupun dari pihak sekolah sekitar IPPT. Program ini merupakan satu usaha yang murni di mana ia dapat mendedahkan staf IPPT kepada komuniti persekitaran yang meliputi kawasan Pulau Pinang sehingga ke Sungai Petani, Kedah. Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain, tetapi juga dapat mengenalpasti permasalahan kesihatan yang dihadapi oleh sesuatu komuniti. Secara tidak langsung dapat mempromosikan IPPT kepada masyarakat setempat.

Objektif


Objektif
i.    Objektif perkhidmatan: untuk memupuk pembangunan perkhidmatan masyarakat dan kerjasama bersama antara IPPT dan masyarakat setempat bagi mengesan sebarang permasalahan kesihatan yang timbul.

ii.    Objektif penyelidikan: untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik dikalangan masyarakat dengan mengenalpasti kawasan-kawasan utama bagi menjalankan penyelidikan. Ini juga akan memupuk kerjasama penyelidikan di antara pelbagai pusat dan agensi dalam mengatasi masalah-masalah kesihatan masyarakat.

iii.    Objektif pendidikan: untuk membangunkan, menyediakan dan menilai program-program pendidikan kesihatan masyarakat yang bersesuaian bagi memastikan masyarakat setempat memahami konsep-konsep asas di dalam kesihatan (kesihatan keluarga, pengurusan jagaan kesihatan, dan kesihatan persekitaran).

Staf IPPT yang terlibat adalah terdiri daripada doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan, pembantu perawatan kesihatan dan pegawai penyelidik. Koc Penyelidikan Bergerak IPPT turut dibawa bersama bagi sesetengah program kesihatan bagi menjayakan program ini.

Aktiviti


Aktiviti  bagi Program Khidmat Masyarakat dan Kesihatan program kesihatan  ini termasuklah:

•    Pemeriksaan kesihatan rutin termasuk pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, berat, tinggi dan BMI serta “hearing Screaning”.

•    Pengambilan spesimen darah untuk tujuan saringan untuk tekanan darah tinggi, diabetes, dislipidemia dan penyakit lain.

•    Penyaringan pap smear untuk pengesanan awal kanser kanser serviks.

•    Pemeriksaan dan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara

•    Pendidikan kesihatan dan ceramah kesihatan oleh doktor atau jururawat terlatih IPPT serta sesi soal jawab.

•    Pameran poster kesihatan untuk tujuan memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan dikalangan masyarakat.

•    Pengumpulan data oleh pegawai penyelidik bagi tujuan menjalankan penyelidikan selari dengan fungsi utama IPPT sebagai institusi penyelidikan.

SOP


sop promask

 

  • Last updated on .
  • Hits: 4736