Skip to main content

Pengenalan Kejururawatan

Unit Perkhidmatan Kejururawatan merupakan salah satu daripada struktur organisasi yang berada di bawah Bahagian Perkhidmatan Klinikal, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Unit ini telah mula beroperasi pada tahun 2003.  Unit ini  bertanggungjawab menyediakan dan memastikan perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti mengikut standard perawatan yang optima serta menyelaras penggunaan sumber tenaga anggota kejururawatan sediada bagi melaksanakan perawatan pesakit mengikut keperluan perkhidmatan pesakit di IPPT.

Unit ini dikendalikan oleh 2 orang  Jururawat U44 serta seorang jururawat U36 yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal perkhidmatan kejururawatan dan penyelidikan kejururawatan di IPPT. Unit ini juga bertanggungjawab terhadap segala hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di IPPT. Pengurusan dan pentadbiran kejururawatan meliputi aktiviti penyeliaan, pemantauan perkhidmatan, kawalan infeksi, latihan dalam perkhidmatan, dan program khidmat masyarakat.

Selain perkhidmatan kejururawatan di IPPT, unit ini juga menguruskan staf kejururawatan yang menjalani penempatan di hospital-hospital lain samada dalam negara atau di luar negara mengikut keperluan perkhidmatan. Program penempatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada staf kejururawatan terhadap penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu mengikut keperluan perkhidmatan klinikal disamping meningkatkan pengetahuan untuk pembangunan organisasi.

VISI & MISI


VISI
Ke arah kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti, holistik dan lestari.

MISI
Memberi dan mengurus perkhidmatan perawatan yang berkualiti tinggi, holistik dan lestari merangkumi aspek-aspek promosi kesihatan, pencegahan, perawatan dan penyembuhan penyakit berpandukan kepada nilai-nilai kemanusiaan dengan menitikberatkan kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF


OBJEKTIF

•    Melaksanakan amalan kejururawatan yang selamat dengan mematuhi standard (piawaian) amalan kejururawatan seperti yang telah ditetapkan.

•    Merancang strategi mempromosi penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat supaya berupaya memberi pendidikan kesihatan secara berterusan yang efektif dalam komuniti.
 
•    Menyediakan staf yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi ke arah mempertingkatkan mutu amalan kejururawatan melalui  pendidikan yang berterusan dalam bidang kejururawatan.

•    Mengamalkan budaya kerja berpasukan, cekap dan bersefahaman dengan semua pihak  dalam suasana kondusif untuk mencapai objektif perkhidmatan kejururawatan  yang berkualiti.

•    Menyediakan fasiliti pembelajaran yang kondusif bagi memantapkan  kemahiran berterusan dalam kalangan staf kejururawatan dan sokongan lain.

•    Melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan di peringkat organisasi dan komuniti

  • Last updated on .
  • Hits: 9443