Skip to main content

Apa Yang Kami Tawarkan

Latihan Industri

IPPT adalah institut siswazah lanjutan yang ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang  perubatan, pergigian, sains bioperubatan dan penyelidikan haiwan termaju di negara ini. Bidang-bidang kepakaran di IPPT dikategorikan kepada 6 kluster utama. Di samping itu terdapat 3 pusat perkhidmatan klinikal yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan,perubatan, pergigian dan  farmasikepada pesakit luar dan dalam. Selaras dengan saranan kerajaan untuk membina modal insanyang cemerlang, IPPT bersedia untuk menawarkan penempatan pelajar latihan  industri daripadaIPTA dan IPTS dalam bidang-bidang kepakaran yang terdapat di IPPT. Bilangan penempatanyang disediakan pada satu-satu masa bergantung kepada keupayaan,  kesesuaian dan bebanpengurusan serta  keutamaan dan kepentingan IPPT. Sehubungan dengan itu, kelulusan untuk menerima pelajar latihan industri akan dipertimbangkan dengan mengambil kira aspek-aspek seperti penyelia yang ada, bidang latihan atau penyelidikan yang diperlukan, kebolehgunaan alat dan kelengkapan, ruangan penempatan, bentuk penyeliaan latihan atau penyelidikan yang mampu diberi, keselamatan dan kesihatan.

 

Penempatan Latihan Industri

• Pentadbiran

• Pusat Ilmu, Transnasional & Maklumat

• Animal Research Clinical (ARC) & Makmal Berpusat (CRL)

 • Seksyen Perubatan & Penyelidikan Klinikal

 • Seksyen Pergigian dan Kualiti

 • Seksyen Farmasi dan Keselamatan Klinikal

 • Seksyen Makmal Diagnostik Termaju

 • Pengurusan Sumber Manusia

 • Kewangan

 • Kejuruteraan

 • IT

 • Keselamatan

 • Pentadbiran Kluster:

   1) Kluster Sains Gaya Hidup

   2) Kluster Sains Onkologi & Radiologi

   3) Kluster Sains Kraniofasial & Biobahan

   4) Kluster Perubatan Regeneratif

   5) Kluster Perubatan Integratif

   6) Kluster Infektomik

• Unit Perhubungan Awam

 • Unit Hal Ehwal Islam

 • Unit Kelestarian Pekerjaan

 • Unit Kualiti & Audit

 • Keusahawanan & Penjanaan Kewangan

Permohonan untuk menjalani latihan industri hendaklah dialamatkan kepada PENGARAH, INSTITUT PERUBATAN & PERGIGIAN TERMAJU, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, BERTAM, 13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA,

 

 

 

  • Last updated on .
  • Hits: 5003