Skip to main content

CRL Safety

Peraturan-Peraturan Bekerja Di Makmal Dan Bengkel Selepas Waktu Pejabat

Tarikh Kelulusan: Mesyuarat Ke-28 Naib Canselor dengan semua Dekan/ Pengarah / Penyelaras pada 28 Oktober I 988
Tarikh Kemaskini Pertama: Mesyuarat Ke-22, JKKPU pada 8 April 2004
Tarikh Kemaskini Kedua : Mesyuarat Ke-48, JKKPU Pada 14 Jun 2Ol3
(Peraturan ini boleh diperolehi di laman web UKKPU - http://ukkp.usm.my)

1. TAKRIFAN

Selepas waktu pejabat ditakrifkan pada tarikh dan masa berikut:

Hari Kampus Induk / Kejuruteraan Kampus Kesihatan
 lsnin - Jumaat 5.10 ptg - 8.10 pagi
 Ahad - Rabu 4.55 ptg - 8.10 pagi
 Khamis  4.40 ptg - 8.10 pagi
 Cuti Hujung Minggu @ Kelepasan Am Sepanjang Masa 

2. PEMAKAIAN DAN PENGECUALIAN

2.1 Peraturan-peraturan ini dikuatkuasakan kepada semua pengguna makmal/bengkel di USM yang menggunakan atau bekerja di dalam makmal/bengkel selepas waktu pejabat.

2.2 Peraturan-peraturan ini tidak dipakai keatas pengguna-pengguna makmal/bengkel untuk tujuan kelas amali yang sedang dikendalikan/diawasi oleh seorang tenaga pengajar, juruteknik, penyelia atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (JKKPU).

3. PERATURAN-PERATURAN

3.1 Semua PTJ yang mempunyai kemudahan makmal/bengkel hendaklah menyedia dan menempatkan Buku Daftar Kerja Selepas Waktu Pejabat di pintu utama setiap bangunan PTJ tersebut. Buku Daftar tersebut hendaklah mempunyai ruangan-ruangan untuk mencatatkan perkara-perkara berikut;
(i) Nama  (ii) No. Matrik/Staf  (iii) Tarikh  (iv) Masa masuk dan keluar  (v) No. bilik  (vi) Nama bilik (vii) Tandatangan masuk dan keluar

3.2. Setiap pengguna makmal/bengkel yang bekerja selepas waktu pejabat dimestikan mengisi Buku Daftar Kerja Selepas Waktu Pejabat semasa hendak bekerja dan selepas bekerja di dalam makmal/bengkel.

3.3 Buku Daftar Kerja selepas waktu Pejabat yang telah penuh diisi hendaklah disimpan oleh PTJ untuk tempoh sekurang-kurangnya 7 tahun.

3.4 semua pelajar dimestikan mendapat kebenaran bertulis daripada penyelia atau pensyarah masing-masing sebelum bekerja di dalam makmal/bengkel selepas waktu pejabat. Kebenaran bertulis tersebut hendaklah diperolehi dengan menggunakan Borang Kebenaran Bekerja Di Dalam Makmal/Bengkel selepas waktu Pejabat seperti yang dilampirkan pada LAMPIRAN A. Tempoh kebenaran bagi setiap permohonan/borang adalah tidak melebihi 6 bulan.

3.5 Semua pelajar tidak dibenarkan bekerja bersendirian kecuali terdapat seorang rakan/pekerja yang berhampiran dengan jarak sekurang-kurangnya sepanggilan. Namun begitu, kelonggaran peraturan tersebut boleh diberikan kepada pelajar-pelajar oleh penyelia/pensyarah masing-masing sekiranya mendapati kerja/eksperimen yang dijalankan oleh pelajar tersebut tidak mempunyai risiko kemalangan yang tinggi.

4. PENGUATKUASAAN DAN PENALTI

4.1 semua Ketua PTJ adalah dipertanggung jawab bagi memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi sepenuhnya di PTJ masing-masing dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pengguna-pengguna makmal/bengkel yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

4.2 Namun begitu, pengawal-pengawal keselamatan yang meronda di bangunan PTJ adalah juga dipertanggungjawab bagi memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi dan melaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti sekiranya terdapat mana-mana pengguna makmal/bengkel yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

5. PERTANYAAN / PENTAFSIR

5.1 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau pentafsiran berhubung pemakaian Peraturan-Peraturan ini, sila hubungi Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) kampus masing-masing.

  • Last updated on .
  • Hits: 1808