Skip to main content

Wad Pesakit Dalam

Wad Pesakit Dalam (WPD),  CTC mula beroperasi pada 5 Sept 2011 dengan penempatan staf seramai 8 orang termasuk seorang Ketua Jururawat. WPD mempunyai  wad berbilik ‘single bedded’ sebanyak 9 bilik dan  ‘double bedded’  juga 9 bilik. Jumlah katil adalah sebanyak 27 buah katil.   Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi perkhidmatan rawatan pesakit dalam secara holistik dalam pelbagai disiplin khususnya Onkologi  bagi tujuan penyelidikan, rawatan dan rehabilitasi serta lain-lain perkhidmatan yang disediakan secara multidisiplin berdasarkan kepakaran serta kluster yang terdapat di IPPT.   
Kebanyakkan kes yang dimasukkan ke WPD adalah kes Onkologi/Radioterapi diikuti dengan kes ENT. Semua kes ENT yang dimasukkan ke wad pada tahun ini adalah untuk Sleep Study samada Partial atau fully Polysomnography (PSG). Kemasukan kes tersebut dibuat melalui temujanji yang diambil oleh lain-lain Hospital (Zon Utara) di wad pesakit dalam.
Kes Onkologi untuk prosedur Brakiterapi telah mula beroperasi di unit Radioterapi IPPT pada bulan April 2015. Pesakit yang akan menjalani prosedur tersebut akan berada di wad pesakit dalam terlebih dahulu sehari sebelum prosedur dan sehari selepas prosedur untuk premedikasi dan pemantauan kesan sampingan prosedur tersebut.

Telefon : 04-5622706 / 2707

 

back clinical service

back clinical centre

  • Last updated on .
  • Hits: 1102