Skip to main content

Unit Rehabilitasi

Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi  berfungsi  untuk memberi perkhidmatan pemulihan carakerja, pemulihan anggota dan othotik/prostetik kepada pesakit luar, pesakit dalam dan juga  perkhidmatan  di  dalam komuniti. Program rawatan pemulihan adalah melalui  aktiviti  yang  spesifik  yang  terpilih dan  bergred untuk  membantu  pesakit  mencapai  tahap  kefungsian yang  optimum  dan berdikari didalam semua aspek kehidupan seharian, fizikal, psikososial, vokasional, serta  rekreasi.

 

A) Perkhidmatan Pemulihan Anggota (Fisioterapi)

Pemulihan Anggota ialah rawatan pemulihan melalui rawatan spesifik atau berteraputik stimulasi melalui prosedur yang tertentu yang dijalankan ke atas pesakit yang menghadapi masalah fizikal.

Pemulihan anggota merangkumi rawatan kepada pesakit bertujuan untuk membantu pesakit pulih daripada kecederaan fizikal yang mereka alami untuk mencapai tahap keupayaan yang maksima.

Pesakit yang sesuai dirujuk:

1. Perkhidmatan fisioterapi pesakit dalam


2. Perkhidmatan fisioterapi pesakit luar
-Muskuloskeletal
-Pediatrik
-Kardiorespiratori
-Neurologi
-Sakit Puan
-Geriatrik
-Kecederaan Sukan

3. Perkhidmatan fisioterapi berkemahiran lanjutan (Advanced skills):
-Rehabilitasi Vestibular
-Rehabilitasi Strok
-Rehabilitasi Jantung
-Lymphoedema

Kaedah rawatan:
-Terapi panas dan sejuk
-Terapi elektro
-Latihan ambulasi
-Terapi kardio pulmonary (terapi pernafasan)
-Senaman kegel
-Terapi kecederaan sukan
-Terapi kecederaan tangan
-Terapi senaman
-Terapi kecederaan tulang belakang
-Terapi kecederaan kebakaran
-Khidmat nasihat

 

B) Perkhidmatan Pemulihan Carakerja

Jurupulih Perubatan Carakerja bertanggungjawab merawat pesakit kanak-kanak hinggalah ke pesakit dewasa pelbagai usia dengan menjalankan program terapi yang merangkumi aspek fizikal, kognitif, psikologi, psikososial yang bersesuaian kepada pesakit yang dirujuk.

Rawatan Pemulihan Carakerja dijalankan untuk membantu pesakit kembali ke tahap kefungsian yang optima untuk berdikari dalam kehidupan seharian mereka.

Pesakit yang sesuai dirujuk:
-Cerebral Palsy
-Kes-kes pediatrik
-Sindrom Down
-Masalah perkembangan lambat
-Masalah pembelajaran
-Autisma • Hiperaktif
-Masalah pertuturan
-Masalah untuk menelan (dysphagia)
-Kecederaan tangan
-Kecederaan kebakaran
-Kes-kes ortopedik
-Angin ahmar (Strok)
-Kecederaan saraf tunjang (SCI)
-Kes-kes Neuro • Kecederaan Otak (TBI)
-Radang Sendi (Arthritis)
-Kes-kes Neurosis & Psikiatri
-Penyakit Kanser

Kaedah rawatan:
-Latihan kognitif
-Modifikasi tingkahlaku
-Program intervensi awal
-Terapi mainan
-Latihan kemahiran sosial
-Latihan pra-sekolah
-Latihan kefungsian tangan
-Latihan motor kasar & halus
-Pengurusan kecederaan kebakaran
-Terapi integrasi sensori
-Modifikasi alatan
-Latihan aktiviti kehidupan seharian (ADL)
-Latihan ambulasi dan mobiliti

C) Perkhidmatan Prosthetik dan Orthotik

Prosthetik adalah peralatan palsu yang dipasangkan pada pesakit bagi menggantikan anggota yang hilang akibat penyakit, kemalangan dan sebagainya.

Terbahagi kepada dua:

-Anggota bawah lutut (Lower Limb)
-Anggota atas lutut (Upper Limb)
-Orthotik ialah splinting yang dipakaikan pada pesakit bagi mengurangkan kesakitan akibat kecederaan, membetulkan kembali struktur tulang badan dan mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk.

Perkhidmatan yang disediakan:

-Membuat splint seperti : Membaiki kerosakan kecil peralatan prosthesis pesakit contohnya kaki palsu.
-Dinamik splint
-Cork-up splint
-Soft collar
-Ankle foot orthosis (AFO)
-Resting hand splint
-Membantu pesakit menggunakan kaki palsu dengan cara yang betul.
-Memberi nasihat berkaitan penjagaan alat bantuan supaya sentiasa bersih dan tahan lama.

 

Hubungan kami
No Tel : 04 - 5622362 / 2364

 

back clinical service

back clinical centre

  • Last updated on .
  • Hits: 854