Aktiviti Kemasyarakatan
Seksyen Pergigian turut terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan terutamanya di daerah Seberang Perai Utara. Antara aktiviti-aktiviti sepanjang 2014 adalah seperti berikut:
- Program Promosi Kesihatan Oral Di Tadika Graduan Bestari, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas pada 21 Feb 2014. Para pelajar telah diberi ceramah (multimedia) bertajuk “Gigi Sihat” dan diikuti dengan sesi latihan memberus gigi oleh jururawat pergigian. Penyertaan adalah seramai 80 orang kanak –kanak, dan 4 orang guru.
- Program “Jom Gosok Gigi” anjuran Sekolah Kebangsaan Bertam Indah dengan kerjasama sebuah syarikat pengeluar ubat gigi, Al Miswak Mukmin Sdn Bhd. Pihak penganjur telah menjemput Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia untuk menyampaikan ceramah tentang penjagaan kesihatan pergigian. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Harlina Salleh, Pegawai Pergigian dan dibantu oleh Cik Najahatul Juhaida Ibrahim, Jururawat Pergigian. Pada program tersebut, seramai 800 orang murid telah mengikuti sesi ceramah dan demonstrasi memberus gigi. Matlamat utama penganjuran program “Jom Gosok Gigi” ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid kepentingan penjagaan kesihatan pergigian bermula usia kecil. Selain itu, program ini merupakan aktiviti berterusan yang dilakukan oleh Sekolah Kebangsaan Bertam Indah pada waktu persekolahan, di mana pihak sekolah akan memastikan semua murid-murid akan mengosok gigi sebelum memulakan sesi pengajian mereka.
- Ceramah PROKOMA (Projek Komuniti Angkat Bandar Bertam Putra) oleh Dr Husniyati Roslan pada 24 April 2014 di Bilik Seminar, Kluster Sains Gaya Hidup, Lot 45A, IPPT Kepala Batas. Beliau telah menekankan kepada aspek-aspek berkaitan masalah pergigian dan penjagaannya. Program ini diterajui oleh Kluster Sains Gaya Hidup dan telah dihadiri oleh warga dari komuniti Bandar Bertam Putra.
- Aktiviti pemeriksaan dan rawatan pergigian di Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL), Tasek Gelugor. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan di mana pemeriksaan dan rawatan pergigian diadakan ke atas pelajar sekolah berkenaan. Untuk tahun ini, pemeriksaan dijalankan untuk pelajar-pelajar tahun 1, 3 dan 5.
- Aktiviti saringan kesihatan ke atas perokok dan pameran kesihatan di Perkarangan Masjid Al- Hidayah Kuala Muda, Penaga anjuran Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan Agensi Antidadah Kebangsaan P.Pinang dengan kerjasama ADUN Penaga pada 26 Oktober 2014.
-
Program kesihatan di Rohingya Education Centre, Permatang Pauh pada 11 November 2014. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Future Global Network (FGN) dengan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) telah membuka sekolah untuk anak-anak pelarian Rohingya di Malaysia. Terdapat sekitar 300 pelajar di sekolah ini buat masa kini.
- Last updated on .
- Hits: 3514