Perkhidmatan Dietetik & Pemakanan
Perkhidmatan Dietetik Klinikal:
Klinik Dietetik (Pesakit Luar)
• Melaksanakan perkhidmatan kaunseling pemakanan kepada pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan atau Pakar Perubatan.
• Kaunseling pemakanan dijalankan secara individu atau bersama keluarga pesakit.
• Pelanggan Klinik Dietetik terdiri daripada pesakit-pesakit luar yang hadir ke Klinik IPPT dan Klinik Pakar IPPT iaitu dalam kalangan staf dan orang awam.
Waktu operasi Klinik Dietetik adalah seperti berikut:-
Hari Isnin dan Khamis : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Hari Selasa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang (rehat 1.00 hingga 2.00 tengahari)
* Bagi pesakit dalam wad, kaunseling pemakanan akan dilakukan secara individu di wad (bed side counselling).
Perkhidmatan Penyediaan Makanan:
• Menyediakan makanan (diet) kepada pesakit dalam wad merangkumi 4 waktu makan iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Waktu hidangan
Sarapan pagi : 8.00 - 8.30 pagi
Makan tengah hari : 12.00 - 12.30 tengah hari
Minum petang : 3.00 - 3.30 petang
Makan malam : 5.30 - 6.00 petang
• Diet pesakit dibekalkan berdasarkan pesanan daripada wad.
- Last updated on .
- Hits: 1402