Skip to main content

Permulihan Cara Kerja

Jurupulih Perubatan Carakerja bertanggungjawab merawat pesakit kanak-kanak hinggalah ke pesakit dewasa pelbagai usia dengan menjalankan program terapi yang merangkumi aspek fizikal, kognitif, psikologi, psikososial yang bersesuaian kepada pesakit yang dirujuk.

Rawatan Pemulihan Carakerja dijalankan untuk membantu pesakit kembali ke tahap kefungsian yang optima untuk berdikari dalam kehidupan seharian mereka.


Pesakit yang sesuai dirujuk:

•    Cerebral Palsy
•    Kes-kes pediatrik
•    Sindrom Down
•    Masalah perkembangan lambat
•    Masalah pembelajaran
•    Autisma • Hiperaktif
•    Masalah pertuturan
•    Masalah untuk menelan (dysphagia)
•    Kecederaan tangan
•    Kecederaan kebakaran
•    Kes-kes ortopedik
•    Angin ahmar (Strok)
•    Kecederaan saraf tunjang (SCI)
•    Kes-kes Neuro • Kecederaan Otak (TBI)
•    Radang Sendi (Arthritis)
•    Kes-kes Neurosis & Psikiatri
•    Penyakit Kanser

Kaedah rawatan:

•    Latihan kognitif
•    Modifikasi tingkahlaku
•    Program intervensi awal
•    Terapi mainan
•    Latihan kemahiran sosial
•    Latihan pra-sekolah
•    Latihan kefungsian tangan
•    Latihan motor kasar & halus
•    Pengurusan kecederaan kebakaran
•    Terapi integrasi sensori
•    Modifikasi alatan
•    Latihan aktiviti kehidupan seharian (ADL)
•    Latihan ambulasi dan mobiliti

  • Last updated on .
  • Hits: 4904