Aktiviti Kawalan Infeksi
Latihan
‘Hand Hygiene’ adalah satu prosedur yang ringkas tetapi sangat penting untuk mengurangkan jankitan nosokomial / HAI di kalangan pesakit dan petugas kesihatan. Sehingga kini enam bengkel Hand Hygiene telah berjaya diadakan.
Pemantauan Jangkitan Nosokomial / HAI
Jangkitan nosokomial adalah jangkitan yang diperolehi di hospital selepas 48 jam kemasukan atau 2 minggu selepas keluar dari wad/ hospital, tanpa pesakit menunjukkan tanda – tanda infeksi sebelum atau semasa kemasukan ke hospital..
‘ Nosokomial surveillance ‘ pula adalah pemantauan yang dilakukan berdasarkan aktiviti lawatan Jururawat Kawalan Jangkitan ke unit / wad klinikal dan berdasarkan keputusan makmal.
MRSA SURVEILLANCE
MRSA adalah singkatan kepada ( methecillin resistant staphylococcus aureus ) merupakan antara punca jangkitan di hospital dan merupakan pathogen yang resistant kepada antibiotik yang biasa digunakan seperti Cloxacillin, Erythromycin dan Cephalosporin.
Saringan Dan Pemberian Imunisasi Hepatitis B
Program ini dilakukan kepada semua staf klinikal dalam masa lima tahun sekali atau status hepatitis B akan di ambil semasa staf baru melaporkan diri. Staf yang tidak ada antibodi untuk hepatitis B akan diberi vaksin hepatitis B. Paras antibodi yang dikira selamat adalah > 10 MIU/m
Environment Audit
Audit ini akan dilakukaan di semua unit / wad klinikal termasuk dewan bedah dan CSSD. Tujuan audit ini dijalankan adalah untuk memantau pengamalan kawalan infeksi di setiap unit. Antara audit yang dilakukan adalah penyimpanan item sterile, ventilasi, dan amalan standard precaution.
In Use Test / Air Sampling
In use test ini akan dilakukan bila terjadi outbreak / wabak di sesuatu unit /wad. Seperti ujian keatas solution yang digunakan untuk pemberian nebulizer atau dressing. Air Sampling pula akan dilakukan bila terdapat pengubahsuaian bangunan, selepas diperbaiki kerosakan pada penghawa dingin seperti di dewan bedah CSSU, CDR dan bila terjadi wabak.
- Last updated on .
- Hits: 5328