Skip to main content

Majlis Penyampaian Sijil Pelajar Praktikal Pelajar Antarabangsa

Bermula 25 Mac 2019 sehingga 12 April 2019, seramai 18 pelajar jurusan Fisioterapi dari Politeknik Kesehatan YRSU Dr Rusdi, Medan, Indonesia telah menjalani latihan praktikal di Seksyen Senaman dan Rehabilitasi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju. Proses penempatan ini diketuai oleh Dr. Hazwani binti Ahmad Yusof @ Hanafi, pensyarah Kluster Sains Gaya Hidup yang juga merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Senaman di Seksyen Senaman dan Rehabilitasi. Majlis penyampaian sijil ini telah dihadiri oleh wakil dari  Politeknik Kesehatan YRSU Dr Rusdi, Medan, Indonesia iaitu Dr Salim, Ketua Sekretaris Yayasan Politeknik Kesehatan YRSU Dr. Rusdi, Dr Lili Friska Sianturi, Direktor Politeknik Kesehatan YRSU Dr. Rusdi, Ketua Fisioterapi Program, Ibu Isma dan juga Ahli Yayasan Politeknik Kesehatan YRSU Dr. Rusdi, Bapak Ardansyah. Program ini diserikan lagi dengan persembahan Tarian Sinanggar Tullo Dari Sumatra Utara oleh Mahasiswa Program Studi Fisioterapi Politeknik Kesehatan YRSU Dr. Rusdi Medan.

DPP 27   DPP 28   DPP 34

DPP 36   DPP 65   PRO 8518

 

Sekian, terima kasih.

  • Last updated on .
  • Hits: 614