Skip to main content

GRADUAN SULONG PROGRAM SARJANA SAINS SENAMAN KLINIKAL

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah berjaya menghasilkan lapan ‘Graduan Sulung’ dalam bidang Sarjana Sains (Sains Senaman Klinikal). Program Sarjana Sains Senaman Klinikal merupakan program yang pertama yang ditawarkan di Malaysia yang bertujuan melahirkan tenaga Profesional yang terlatih dalam melaksanakan program intervensi berkaitan gaya hidup sihat yang melibatkan senaman, pemakanan dan psikologi. Penawaran program ini di peringkat Sarjana adalah selaras dengan perkembangan di luar Negara seperti di Amerika Syarikat dan di Eropah yang menawarkan program Sarjana di dalam bidang ‘Clinical Exercise Science’ atau juga diberikan nama program Sarjana ‘Clinical Exercise Physiology’. Di samping itu, graduan dari program Sarjana Sains (Sains Senaman Klinikal) akan memenuhi keperluan tenaga profesional berkaitan sains senaman dan kesihatan seperti yang dikehendaki oleh Sektor Awam dan Swasta di Malaysia. Keperluan tenaga profesional ini selari dengan hasrat Negara Malaysia untuk mengurangkan kadar Penyakit Tidak Berjangkit dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Kandungan kursus di dalam program Sarjana ini memenenuhi ciri-ciri akreditasi yang ditetapkan oleh Exercise Sport Science Australia (ESSA). Ianya dimantapkan lagi dengan memberikan penekanan kepada gabungan aspek teori dan praktikal dalam pengisian kursus-kursusnya. Pendekatan ini diambil bagi memastikan para pelajar akan mengaplikasikan unsur teori kepada praktikal bagi membantu mereka melaksanakan tugasan mereka dengan lebih effektif.

Pelaksanaan Program Sarjana Sains Senaman Klinikal juga melibatkan penempatan klinikal selama 10 minggu di Pantai Integrated Rehab Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Penempatan Klinikal ini dilaksanakan melalui Memorandum of Agreement yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan klinikal dan kemahiran mereka dalam latihan interprofessional.

 

GRADUAN SULONG PROGRAM SARJANA SAINS SENAMAN KLINIKAL1   GRADUAN SULONG PROGRAM SARJANA SAINS SENAMAN KLINIKAL

  • Last updated on .
  • Hits: 1018