Skip to main content

WARGA IPPT ANTARA PENERIMA ANUGERAH KHAS MAAL HIJRAH USM 1440

Maal Hijrah 2018

PULAU PINANG, 20 September 2018 – Seramai 3 orang staf Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM telah menerima anugerah khas sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1440 peringkat Universiti Sains Malaysia. Majlis yang bertemakan “Menyantuni Umat, Membawa Rahmat” ini diadakan di Dewan Budaya di sini hari ini.

Mereka adalah Encik Zabri Zainol, Pemandu Kenderaan, Encik Mohd Hafiz Ramlai, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dan Puan Nur Liana Abu Bakar, Jururawat.

Menurut salah seorang penerima, Encik Mohd Hafiz Ramlai, beliau melahirkan rasa syukur dengan anugerah dan penghargaan yang telah diberikan terhadapnya.

“Anugerah yang diperolehi ini adalah hasil sokongan dan pengorbanan daripada isteri, anak-anak, serta seluruh warga IPPT. Saya berasa rendah diri dan insaf kerana semua usaha yang dibuat selama ini adalah hasil daripada kerjasama dalam satu pasukan dan bantuan rakan-rakan seperjuanga,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Bagi Encik Zambri Zainol, beliau merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pusat Islam USM atas memberian anugerah ini.

“Saya berasa amat bersyukur, terharu dan gembira atas penganugerahan yang tidak terhingga ini. Saya berharap dengan anugerah ini ia dapat menjadi contoh dan teladan kepada staf-staf lain untuk terus bersama-sama bersemangat dalam membantu aktivit-aktivit kerohanian dan keagamaan yang dianjurkan oleh Pusat Islam,” katanya.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr. Asma Ismail FASc. Turut menerima anugerah yang sama ialah 14 orang penerima lain dari pelbagai jabatan di USM.

Penganugerahan ini adalah khas dari Pusat Islam USM di atas kecemerlangan dan keterlibatan mereka dengan program-program yang melibatkan penganjuran, jawatankuasa, komitmen, perkongsian dan penambahan melibatkan buah fikiran dan tenaga dalam majlis atau program yang dianjurkan oleh Pusat Islam USM.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Prof. Azazi Zakaria, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Dr. Musa Ali, Pendaftar dan ketua-ketua jabatan.

Dalam majlis ini juga turut disampaikan ceramah Maal Hijrah oleh penceramah bebas, Ustaz Dr. Ir. Abdullah Khairi Hj Haron dan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.

 

Teks / Foto: Faisal Jamaludin

 

  • Last updated on .
  • Hits: 817