Skip to main content

IPPT KIBAR JALUR GEMILANG

Kibar Jalur Gemilang 2018

BERTAM, 30 Ogos 2018 – Sempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) turut tidak ketinggalan untuk meraikannya. Bagi menyemarakkan lagi sambutan satu program kibar jalur gemilang telah diadakan dengan disertai oleh staf daripada pelbagai kategori jawatan.

Menurut Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian & Piawaian, Dr. Muhamad Yusri Musa kita hendaklah menzahirkan semangat patriotik sebagai tanda kecintaan dan kesetiaan kepada negara.

"Nikmat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada pengorbanan orang terdahulu yang berjuang menuntut kemerdekaan dan hasilnya kita yang merupakan generasi pasca merdeka dapat hidup dengan penuh kemakmuran dan keamanan," katanya.

"Bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-61 pada kali ini pihak jabatan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program kibar jalur gemilang yang bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan staf,” tambahnya lagi.

Pada majlis yang sama turut diadakan simbolik penyerahan Jalur Gemilang daripada Pegawai Farmasi IPPT, Mohd Ikhwan Hashim kepada Dr. Muhamad Yusri Musa.


Teks : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid / Foto : Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 646