Skip to main content

IPPT ANJUR PROGRAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Kelestarian Neksus Hijau 1

BERTAM, 10 Mei 2018 – Kluster Perubatan Integratif, Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Botanical Research Institute of Texas (BRIT) telah menganjurkan Bengkel Bersiri Kelestarian Neksus Hijau : Program Alam Sekitar yang melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas dan Sekolah Menengah Persekutuan Khas, Pulau Pinang.

Seramai 18 orang pelajar telah mengambil bahagian sebagai peserta dan bersama 6 orang guru pengiring.

Menurut Ketua Kluster Perubatan Integratif, Dr. Lim Vuanghao, program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan memelihara alam sekitar dan mengaplikasikan amalan teknologi hijau dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga ingin memberi satu kelainan kepada pelajar untuk merasai pengalaman menghasilkan baja kompos, mengenali pokok herba dan aktiviti bercucuk tanam.

Kelestarian Neksus Hijau 3   Kelestarian Neksus Hijau 2

Tambah Dr. Lim lebih menarik lagi ialah pelajar yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan ini perlu membina persefahaman dan juga saling bekerjasama dengan rakan sekumpulan yang baru dikenali. Setiap kumpulan pula akan ada ahli kumpulannya yang merupakan pelajar kelainan upaya (pendengaran) dan di sinilah kita hendak melihat kreativiti mereka untuk bekerja dalam satu pasukan yang datang dari sekolah yang berlainan.

Seterusnya para pelajar dan guru yang hadir menyambut baik program ini dan mereka berharap program seumpama ini akan berterusan bagi memberi peluang kepada pelajar lain pula.

 

Teks : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid / Foto : Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 511