Skip to main content

14 PELAJAR BARU IPPT IKUTI PROGRAM ORIENTASI

PELAJAR 20182019

KEPALA BATAS, 4 Jun 2018 – Seramai 14 orang pelajar telah mendaftar masuk untuk melanjutkan pengajian di IPPT. Mereka terdiri daripada 5 orang pelajar untuk Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear) dan dan 9 orang pelajar untuk Sarjana Perubatan (Perubatan Transfusi) ambilan sidang akademik 2018/2019.

Program orientasi pelajar baru yang berlangsung selama 4 hari ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar IPPT dengan dibantu oleh Pesatuan Pelajar IPPT, Student Buddies serta unit sokongan lain.

Pelajar-pelajar ini turut diberikan taklimat berkenaan bidang pengajian mereka dan sesi pengenalan kepada para pensyarah. Mereka juga turut dibawa melawat sekitar kampus IPPT memperkenalkan fasiliti yang disediakan.

Program orientasi pelajar baru ini adalah aktiviti rutin diadakan bagi membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran kampus.

Taklimat tentang latar belakang program pengajian, taklimat penggunaan makmal dan perpustakaan, taklimat kemudahan rawatan dan lain-lain lagi turut akan disampaikan untuk pengetahuan pelajar agar mereka mendapat maklumat yang tepat.

Di akhir program, sesi dialog bersama para pelajar juga turut diadakan bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan akademik dan perkara-perkara umum tentang universiti.

Teks: Faisal Jamaludin / Foto: Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 547