Skip to main content

IPPT USM METERAI MOU DENGAN SYARIKAT BIOTEKNOLOGI PERUBATAN TERKEMUKA, CRYOCORD (M) SDN. BHD

MoU USM Cryocord

PULAU PINANG, 18 Mei 2018 - Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) menjalin kerjasama dengan syarikat bioteknologi perubatan terkemuka di negara ini, Cryocord (M) Sdn. Bhd. melalui memorandum persefahaman (MoU) perjanjian pemindahan bahan (MTA) yang telah dimeterai dalam satu majlis di Kampus Induk USM baru-baru ini.

Mou berkenaan antara lain akan menyediakan platform untuk IPPT USM dan Cryocord meneroka peluang untuk membangunkan, menyokong dan memperkasa aktiviti penyelidikan, program pendidikan dan latihan dalam bidang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

USM diwakili oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail manakala Pengarah Urusan Cryocord, James Then Khong Lek yang turut berperanan dalam mengukuhkan kolaborasi USM dengan pihak industri berkaitan kesihatan di negara ini.

Turut hadir Pengarah Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan Prof. Dr. Lee Keat Teong, Pengarah Nexus Life Sciences, Profesor Dr. Mohd. Nazalan Mohd. Najimudin, Prof. Dr. Abdul Latif Ahmad, Timbalan Pengarah Akademik & Hal Ehwal Pelajar IPPT Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin dan pensyarah IPPT.

 

Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid / Foto: Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 692