Skip to main content

PERUTUSAN PENGARAH 2018 LONJAK SEMANGAT WARGANYA TERUSKAN KECEMERLANGAN

PERUTUSAN PENGARAH 2018

KEPALA BATAS, 20 Mac 2018 – Majlis Perutusan Pengarah 2018 telah melonjakkan semangat warga IPPT untuk bersama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan IPPT pada tahun ini.

Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Dr. Norehan Mokhtar mengajak seluruh warga IPPT berganding bahu untuk sama-sama meningkatkan kecemerlangan setanding dengan jabatan lain di Universiti Sains Malaysia dalam apa jua bidang.

Beliau menegaskan demikian pada Majlis Perutusan Pengarah 2018 yang berlangsung di Dewan Seri Endon, Jabatan Audit Negara Pulau Pinang.

Majlis berkenaan dihadiri oleh seramai hampir 300 warga IPPT dari pelbagai bahagian bagi mendengar amanat daripada pengarah.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan juga, Dr. Norehan Mokhtar turut menyaksikan Pelancaran Massive Open Online Course (MOOC) dan Pelancaran #USMFIT peringkat IPPT.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Dr Ahmad Munir Che Mohamed, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan serta Dr. Mohamad Yusri Musa, Timbalan Pengarah Klinikal.

 

Teks: Mohd Faisal Jamaludin / Foto: Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 580