Skip to main content

DELEGASI EXCO PENDAFTAR MELAWAT IPPT

Lawatan Pendaftar USM 2018

KEPALA BATAS, 16 Mac 2018 – Delegasi Exco Pendaftar yang diketuai oleh Pendaftar USM, Dr. Musa Ali telah mengadakan lawatan kerja ke IPPT baru-baru ini.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat Pejabat Pentadbiran IPPT yang baru dan pada masa yang sama turut diadakan Mesyuarat Exco Pendaftar yang melibatkan Pegawai-pegawai Kanan Pentadbiran dari semua Kampus.

Delegasi Exco Pendaftar telah dibawa melawat ke Pejabat Pengarah, blok pentadbiran, blok akademik, perpustakaan dan blok pensyarah.

Turut hadir dalam lawatan ini Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Sumber Manusia Encik Mohd Saad Din, Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Encik Mohamad Abdullah, Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Pengurusan Akademik, Puan Noriah Mohamad, Timbalan Pendaftar Kanan Kampus Kesihatan, Encik Yusoff Abdullah, Timbalan Pendaftar Kanan Kampus Kejuruteraan, Puan Rohilatifah Harun dan Timbalan Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Pendaftar, Puan Roshita Shariff.

Delegasi Exco Pendaftar telah disambut oleh wakil tuan rumah iaitu Timbalan Pendaftar IPPT, Encik Ihsanul Anwar Shamsur Rahim dan Ketua Jurutera Mekanikal, Encik Saiful Bahri Abd Jamil.

 

Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid / Foto: Faisal Jamaludin

  • Last updated on .
  • Hits: 680