Skip to main content

IPPT TERIMA KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI PERGIGIAN USIM

Lawatan Fakulti Pergigian USIM

BERTAM, 13 November 2017 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan hormat delegasi daripada Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menurut Dr. Haslinda Ramli, Dekan Fakulti Pergigian, USIM, lawatan ini adalah bertujuan untuk mengenali IPPT dengan lebih dekat lagi disamping menjalinkan hubungan dua hala yang baik antara universiti.

“Kami berhasrat untuk melihat peluang-peluang kerjasama yang boleh dibuat terutamanya dalam bidang pergigian dengan pihak IPPT USM sama ada dalam bentuk penyelidikan, akademik dan juga pemindahan ilmu,” katanya.

Hasrat ini telah disambut baik oleh Dr. Fazliah yang menyatakan kesediaan IPPT untuk bekerjasama dengan Fakulti Pergigian USIM dalam apa jua lapangan asalkan ianya memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.

Delegasi Fakulti Pergigian USIM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Haslinda Ramli
Dekan Fakulti, Timbalan-timbalan Dekan Dr. Nadia Halib, Dr. Ainuddin Yushar Yusof, pensyarah pergigian dan pegawai pengiring.

Para pelawat telah diberi taklimat mengenai IPPT oleh Prof. Madya Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor, Ketua Kluster Sains Kraniofasial & Biobahan yang mewakili Pengarah IPPT.

Delegasi telah dibawa melawat ke Klinik Pakar Pergigian, Wad Pesakit Dalam, Klinik Onkologi & Radioterapi dan Kompleks Penyelidikan Haiwan.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Timbalan Pengarah Klinikal Kelastraian dan Piawaian IPPT, Dr. Muhammad Yusri Musa, Ketua Seksyen Pergigian, Dr. Anis Farhan Binti Kamaruddin dan ketua-ketua unit perkhidmatan pergigian IPPT.


Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid | Foto : Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 1211