Skip to main content

47 PELAJAR IPPT ANTARA RIBUAN GRADUAN PADA KONVOKESYEN USM KE-55

Konvokesyen ke 55

PULAU PINANG, 28 Oktober 2017 – Seramai 47 graduan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia menerima Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah masing-masing sempena Upacara Konvokesyen USM kali ke-55 yang diadakan bermula hari ini hingga 2 November bertempat di Dewan Tunku Syed Putra, Kampus Induk USM.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 4 orang adalah merupakan pelajar Ijazah Doktor Falsafah manakala selebihnya adalah pelajar peringkat Ijazah Sarjana.
Istiadat Pembukaan Upacara Konvokesyen USM Ke-55 disempurnakan oleh D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Canselor USM.

Dalam upacara konvokesyen kali ini, Prof. Dr. Antonio Francesco Corno pakar pembedahan jantung pediatrik dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Perubatan manakala mantan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM Datuk Dr Muhammad Idiris Salleh dianugerahkan Anugerah Profesor Emeritus.

Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 6,850 graduan Universiti Sains Malaysia (USM) akan menerima ijazah pertama dan ijazah tinggi masing-masing. Daripada jumlah itu, seramai 2,043 penerima bagi Ijazah Tinggi (Doktor Falsafah dan Sarjana), Ijazah Sarjana Muda 4,759 orang dan Diploma Kejururawatan 48 orang.

 

Teks: Faisal Jamaludin | Foto: Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 1383