Skip to main content

KECEMERLANGAN MAKMAL USM DIIKTIRAF

Bionexus Award

KUALA LUMPUR, 11 September 2017 – Kecemerlangan dua makmal Universiti Sains Malaysia (USM), masing-masing Preclinical Translational Unit, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (PTU-IPPT) dan Analytical Biochemistry Research Centre (ABrC) diiktiraf dengan anugerah oleh Bioeconomy Development Corporation di sini hari ini.

ABrC dianugerahkan Bionexus Partner (BNP) Excellence Award 2017 manakala PTU-IPPT dianugerahkan Bionexus Partner (BNP) Laboratory Status yang sah sehingga 31 Disember 2021.

Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Yahaya yang mewakili Menteri MOSTI bersempena pembukaan BioMalaysia and Asia Pacific Bioeconomy 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf kecemerlangan makmal BNP sedia ada dan baharu yang menyediakan akses industri kepada perkhidmatan, kemudahan dan kepakaran makmal untuk menyokong pengkomersialan produk penyelidikan dan pembangunan berasaskan bio.

Teks: Marziana Mohamed Alias / Foto: Fairus Md Isa

  • Last updated on .
  • Hits: 829