Skip to main content

IPPT TERIMA PELAJAR SULUNG SARJANA SAINS SENAMAN KLINIKAL

Pelajar Baru 2017

BERTAM, 5 September 2017 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM hari ini menerima 9 orang pelajar pertama bagi program Sarjana Sains (Sains Senaman Klinikal) yang baru ditawarkan pada Sidang Pengajian 2017/18. Program pengajian ini juga adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Program ini diwujudkan adalah selaras dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan kadar isu-isu kesihatan yang tidak berjangkit menerusi pendekatan yang lebih inovatif dan berkesan.

Seramai 24 orang pelajar mendaftar untuk mengikuti pengajian di IPPT USM pada sidang akademik kali ini termasuk 4 orang pelajar antarabangsa.

Sepanjang minggu ini, pelajar akan mengikuti Program Orientasi yang dianjurkan oleh Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar IPPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 1001