Skip to main content

WARGA IPPT BERSAMA JAYAKAN PROGRAM KORBAN & AKIKAH

KORBAN 2017

BERTAM, 4 September 2017 – Lebih kurang 100 orang warga IPPT termasuk pelajar berganding bahu melaksanakan program ibadah korban kali ini. Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS), IPPT ini dilaksanakan di kawasan belakang bangunan Seksyen Kejuruteraan bermula jam 9.00 pagi berjalan dengan sempurna.

Pihak UHEIS menerima permohonan untuk mengadakan ibadah korban daripada warga IPPT sebanyak tiga ekor lembu dan seekor lagi untuk tujuan akikah.
Setiap seorang akan menerima sebanyak satu kilogram daging yang akan diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin di kawasan Bertam dan warga IPPT yang hadir.

Program ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang akan diadakan secara bergotong-royong oleh warga IPPT.

Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan, Profesor Dr. Narazah Mohd Yusof dan Timbalan Pengarah Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr Bakiah Shaharuddin.

  • Last updated on .
  • Hits: 747