Skip to main content

LATIHAN "OECD GLP STUDY DIRECTOR (SD)" DAN "QUALITY ASSURANCE PERSONNEL (QAP)"

Bengkel OECD 1

BERTAM, 24 Ogos 2017 - Kluster Perubatan Integratif dan Seksyen Penyelidikan Haiwan telah menganjurkan OECD GLP Study Director (SD) And Quality Assurance Personnel (QAP) Training yang diadakan di Kompleks Penyelidikan Haiwan, IPPT, USM selama 4 hari bermula 21 Ogos lalu.

Kursus ini disertai oleh kakitangan makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), Sumitomo Asia Pacific Chemical Enviro-Agro Asia Pacific Sdn Bhd (SCEA) dan Naresuan University, Thailand.

Kursus ini diadakan bagi memberi pengetahuan asas “OECD Principles of Good Laboratory Practice” (OECD-GLP) dan asas strategi ujian ketoksikan terutamanya berkaitan dengan pembangunan produk ubat herba.

Ia menjelaskan tentang pematuhan mandatori ujian keselamatan pramatikal kepada OECD-GLP, yang merupakan prasyarat untuk mendapatkan kelulusan bagi menjalankan ujian klinikal kepada manusia yang perlu mematuhi ICH GCP.

Kursus ini memberi ilmu kepada peserta dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal untuk melaksanakan peranan mereka sebagai Pengarah Kajian ujian ketoksikan pramatlin di bawah Sistem Kualiti GLP seperti yang diamanahkan oleh agensi pengawalseliaan seperti FDA dan EPA di negara-negara OECD termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Jepun & Australia .

Teks: Dr. Sharlina Mohamad

  • Last updated on .
  • Hits: 872