Skip to main content

STAF BAHARU IPPT HADIRI PROGRAM ORIENTASI

Orientasi Staf 2017

BERTAM, 6 April 2017 - Seramai 37 staf baru Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menghadiri Program Orientasi Staf Baharu IPPT. Program sehari ini diadakan di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC) IPPT.

Pengarah IPPT, Dr Norehan Mokhtar berkata, dengan adanya program ini semua staf akan lebih jelas dengan halatuju IPPT.

"Saya berharap agar semua staf dapat memberikan komitmen yang baik dalam menjalankan tugas di IPPT," katanya.

"Saya juga berharap agar staf baharu dan yang lama dapat membawa IPPT ke arah kecemerlangan serta menjaga nama baik IPPT," tambah beliau lagi ketika menyampaikan taklimat kepada peserta orientasi.

Program orientasi ini melibatkan staf yang baharu dilantik, staf dari PTJ lain yang bertukar ke IPPT dan staf dari kementerian lain yang memohon pertukaran ke USM (IPPT).

Dalam program ini, peserta didedahkan dengan pengenalan tentang setiap bahagian di IPPT menerusi taklimat yang diadakan.

Turut diadakan juga ialah sesi lawatan ke bahagian dan seksyen yang terdapat di Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC) dan Kompleks Penyelidikan Klinikal (CTC).

  • Last updated on .
  • Hits: 1211