Skip to main content

IPPT SERTAI KPTN ZON UTARA

 MG 6261

USM, PULAU PINANG, 4 Mac 2017 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Zon Utara yang berlangsung selama 2 hari di Padang Kawad USM.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pemeriksaan kesihatan, pameran kesedaran kanser payudara dan ujian saringan mammogram melalui koc perubatan bergerak.

Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan melihat pameran yang diadakan.

KPTN pada kali ini melibatkan lebih 110 pempamer daripada 20 Universiti Awam, 47 Universiti Swasta, 43 Agensi Kementerian serta tiga Politeknik dan 19 Kolej Komuniti.


Teks : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid
Foto : Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 905