Skip to main content

IPPT GALAK MAHASISWA UTAMAKAN KESIHATAN DAN AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Pameran UiTM

BERTAM, 17 Februari 2017 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM telah dijemput untuk menjayakan program ‘Revolution Medical Through Islam And Sports (REMETRIS) Festival - Disease Awareness Day’ anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang Kampus Bertam.

Program sehari ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan yang luas mengenai penyakit-penyakit kanser melalui pameran dan perbincangan yang diadakan kepada mahasiswa di kampus berkenaan.

Antara pameran yang dibawa oleh pasukan dari IPPT ialah pameran mengenai penyakit kanser serviks, prostat dan payudara.

Selain itu, Unit Dietetik IPPT turut bersama dalam pameran ini bagi memberi informasi berkenaan pemakanan seimbang.

Sepanjang program ini berlangsung, mahasiswa berkesempatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan melihat pameran serta bertanya mengenai isu-isu kesihatan dengan jururawat dan pempamer yang hadir. Ini dapat memberikan informasi yang lebih tepat terhadap sesuatu penyakit.

Aktiviti pameran seperti ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat dan kepentingan penjagaan kesihatan yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

  • Last updated on .
  • Hits: 977