Skip to main content

Seksyen Farmasi

Pengenalan
Seksyen Farmasi memberikan perkhidmatan berkaitan dengan Amalan Farmasi Baik seperti perolehan, penyimpanan, pembekalan, agihan ubatan/reagen/alat pakaihabis, teknologi farmaseutik, dan perkhidmatan penjagaan farmaseutik kepada penyelidik, ahli akademik, pelajar, staf dan pesakit IPPT.

Objektif

  • Perkhidmatan diakreditasi dengan kemudahan yang mesra penyelidikan.
  • Membekalkan pengetahuan perubatan baru secara aktif.
  • Aktif mempromosi maklumat penjagaan farmaseutikal terkini dan amalan gaya hidup sihat lestari.
  • Mantap dalam jalinan perkhidmatan kesihatan.
  • Perkhidmatan berwahana kemudahan pembelajaran yang bertaraf dunia untuk pelajar lepasan ijazah.
     

Visi 
Menjadi perkhidmatan termaju dalam bidang farmasi klinikal, farmaseutikal, perubatan komplimentari/integriti, penyelidikan dan penghasilan ubat baru menjelang 2015.

Misi
Perkhidmatan Farmasi, IPPT, USM akan mencapai kecemerlangan bertaraf antarabangsa melalui usahasama, pembelajaran, penyelidikan, pemupukan kualiti individu dan perkhidmatan serta iltizam terhadap profesi farmasi dan bidang perubatan.

Moto
" CEKAP, PROFESIONAL, RASIONAL "

SF2

 

 

 

 

 

 

  • Last updated on .
  • Hits: 6320