Unit Rawatan Harian
Unit Rawatan Harian mula beroperasi di Kompleks Klinikal pada 5 September 2011 dengan kemudahan sebanyak 18 buah katil. Unit ini beroperasi pada waktu pejabat dengan kes yang dirujuk adalah melibatkan pesakit kanser untuk rawatan kemoterapi, pengambilan darah dan “chemo-port flushing” termasuk aktiviti kumpulan sokongan bagi pesakit kanser. Juga merupakan tempat untuk menjalankan aktiviti penyelidikan klinikal dan peperiksaan iktisas pelajar sarjana perubatan IPPT. Unit ini juga menerima pesakit-pesakit selepas menjalani pembedahan yang tidak perlu bermalam dalam wad.
Nombor Telefon : 04-5622643 / 2644
- Last updated on .
- Hits: 662