Skip to main content

Perubatan Nuklear

Perubatan nuklear adalah satu cabang perubatan yang menggunakan radiasi untuk memperolehi maklumat berdasarkan imej mengenai anatomi manusia dan fungsi organ-organ tertentu pada semua peringkat umur. Perubatan nuklear dapat menunjukkan struktur secara anatomi organ dan juga dapat memberikan maklumat mengenai fisiologi dan biokimia organ tersebut. Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam bidang ini adalah seperti pengendalian bahan radioaktif, pengendalian radiofarmaseutikal, pengendalian peralatan perubatan nuklear dan aspek keselamatan sinaran terhadap pekerja, pesakit dan orang awam. Unit Perubatan Nuklear dianggotai oleh Pakar Perubatan Nuklear, Pegawai Farmasi, Pegawai Sains Fizik, Juruteknologi Perubatan Nuklear, Juru X-ray, Jururawat, Penolong Pembantu Perubatan dan Penolong Pembantu Kesihatan.


Perkhidmatan yang disediakan di Unit Perubatan Nuklear ialah:

i) Diagnostik
Perkhidmatan pengimejan menggunakan bahan-bahan radioaktif.

Senarai pemeriksaan yang dilakukan adalah:
- Buah pinggang (Renal DTPA MAG 3 And DMSA Study, dan Renogram)
- Thyroid Scan
- Bone Scan
- IODINE 131 Whole Body Scan
- Myocardial Perfusion Study (Jantung), Myocardial Viability Study
- Parathyroid
- Hepatobiliary Scan (Hati)
- Dacryscintigraphy Study
- Meckel's Diverticulum Study
- Reflux Cystogram
- MIBG Study
- Lung Perfusion Study
- Gastrointestinal Bleeding Study (RBC Tag scan, Sulphur Colliad Study)

ii) Terapeutik
Kaedah rawatan dimana bahan radioaktif akan diberikan kepada pesakit melalui suntikan atau secara oral (minum). Sebagai contoh penggunaan radioiodin bagi kanser tiroid.

  • Last updated on .
  • Hits: 7260